Jenis Masakan Ayam Rendang Yang Mudah Disediakan - Nak Makan Apa?

5 Jenis Masakan Ayam Rendang yang Menjadi Menu Pilihan di Pagi Raya

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|April 18, 2023 Decorative Image

Apabila tibanya Hari Raya, pasti hidangan yang akan terlintas di fikiran adalah rendang. Selain daripada rendang tok, anda boleh juga menikmati pelbagai jenis rendang yang lain . Setiap negeri pasti akan menghidangkan sajian ayam rendang yang berbeza di pagi Raya. Jadi, Nak Makan Apa akan senaraikan 5 jenis masakan ayam rendang dari setiap negeri dan cara penyediaannya. 

Selain itu, kami juga akan kongsikan dua resepi ayam rendang yang menggunakan kiub Knorr yang pasti akan membuat tetamu anda jatuh cinta dengan sajian ini pada Hari Raya. 

1. Rendang Tok

Rendang tok yang dihidangkan di dalam pinggan putih di atas meja makan berwarna rona biru.

Rendang Tok adalah antara sajian rendang yang popular di Malaysia. Sajian ini dikatakan berasal dari Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak. Namanya pula diambil daripada nama panggilan orang yang pakar memasak sajian ini. Biasanya, hidangan ini dimasak dengan menggunakan daging kerbau atau lembu.dan turut menggunakan bahan seperti bawang, santan, lada, kunyit dan daun limau purut. 

2. Rendang Minang

Rendang Minang yang disajikan dalam mangkuk berwarna rona hitam dan diletakkan di atas tikar.

Jenis masakan ayam rendang seterusnya adalah rendang minang. Berasal dari Negeri Sembilan, sajian ini diperkenalkan oleh masyarakat Minangkabau. Proses memasak rendang ini juga mengambil masa yang lama. Berbeza dengan rendang yang lain, sajian ini banyak menggunakan cili api. Bahan lain yang turut digunakan adalah halia, lengkuas, cili kering, santan dan serai. Rendang ini juga tidak menggunakan kerisik. 

3. Rendang Lengkuas

Ayam rendang disajikan di atas daun pisang

Ayam rendang lengkuas atau dikenali sebagai Nasu (masak) Likku (lengkuas) ini adalah salah satu hidangan tradisi masyarakat Bugis dan dari tradisi nenek moyang bagi penduduk Sabah. Rendang ini ada dua jenis iaitu versi basah dan kering. Rendang ini sering dimasak menggunakan ayam kampung, tetapi boleh juga gunakan ayam pencen atau ayam serta daging biasa, rendang ini juga banyak menggunakan lengkuas dan rasanya juga tidak terlalu pedas. 

4. Rendang Pahang / Opor

Sajian ayam rendang di dalam mangkuk putih di atas meja kayu

Sajian ayam rendang seterusnya berasal dari Pantai Timur, dikenali sebagai Opor. Hidangan ini sangat terkenal di negeri Pahang. Dimasak dalam tempoh yang lama dan turut menggunakan rempah ratus yang membuatkan rasanya lebih unik. Antara bahan utama sajian ini adalah belacan, air asam jawa, rempah opor, serai, halia, kerisik, santan, lengkuas, gula nisan dan cili kering. 

5. Rendang Kelantan

Ayam rendang dihidangkan di dalam mangkuk tanah liat diletakkan di atas dulang raga

Sajian ayam rendang terakhir ini turut berasal dari Pantai Timur. Sama seperti rendang di negeri lain, rendang Kelantan ini juga tidak menggunakan kerisik, sebaliknya, yang membezakannya dengan juadah yang lain adalah asam gelugor. Mempunyai tekstur yang berkuah, rendang ini amat sesuai dimakan bersama pulut kuning, lemang dan ketupat. 

Masakan Ayam Rendang Lebih Enak Dengan Knorr Kiub Pati Ayam

Chicken rendang
Chicken rendang and ketupat, a Malaysian dish usually served for festive season

Untuk bahan-bahan A:  

  • 1 ekor ayam 
  • ½ kg santan segar 
  • 4 sudu besar kerisik/kelapa goreng 
  • 2 keping asam keping 
  • 2 helai daun kunyit – dihiris 
  • 1 atau 1 ½ Knorr Kiub Pati Ayam 

Untuk bahan-bahan kisar:  

  • 2 inci / (25 gram) halia 
  • ½ inci / (10 gram) kunyit hidup 
  • 4 biji / (170 gram) bawang besar 
  • 5 biji / (150 gram) bawang merah 
  • 4 batang serai 3 – 4 sudu besar / (120 gram) cili kering  

Untuk hiasan: 

  • 5-6 helai daun limau purut 

Cara penyediaan:  

  1. Masukkan semua bahan A dan bahan kisar ke dalam kuali dan masak sehingga hidangan mencapai tekstur yang diingini (sama ada kering atau berkuah). 
  2. Masukkan asam keping dan Knorr Kiub Pati Ayam. Jika inginkan masakan yang manis, boleh masukkan sedikit gula. Masak lagi sehingga juadah mencapai tekstur yang diingini. 
  3. Akhir sekali, taburkan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api. 
  4. Hiaskan dengan daun limau purut dan siap untuk dihidangkan. 

Resipi Ayam Rendang Gulung Berkeju 

ayam rendang gulung berkeju

 

Bahan-Bahan:  

Untuk bawang goreng serunding:  

  • 1 sudu besar bawang goreng 
  • ½ sudu besar lengkuas, diparut 
  • 2 sudu besar serai, diparut 
  • 1 cili padi, dicincang  

Untuk sayuran: 

  • 1 cawan brokoli 
  • 1 cawan kubis 
  • 1 lobak merah, dihiris nipis 
  • 1 timun, dihiris nipis 
  • ½ sudu besar minyak masak 
  • 1 sudu teh campuran herba 

Cara penyediaan:  

  1. Untuk bawang goreng serunding, campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati. Ketepikan. 
  2. Lenyekkan ayam dengan pemukul dan perap menggunakan Knorr Kiub Pati Ayam, perencah rendang, kerisik dan dan kunyit selama 30 minit. 
  3. Taburkan keju di tengah ayam, gulung dan kemaskan menggunakan lidi sate. Sapukan Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas kulit ayam dan taburkan sedikit serunding. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 – 30 minit.  
  4. Untuk sayuran panggang, campurkan semua bahan sehingga sebati dan bakar bersama dengan ayam rendang gulung selama 10-15 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan bersama Ayam Rendang Gulung Berkeju. 

 Dengan menggunakan Knorr Kiub Pati Ayam, penyediaan sajian ayam rendang pasti lebih mudah dan pantas. Pastinya, pagi Raya anda akan lebih meriah dengan hidangan ayam rendang lazat yang memikat selera. Untuk lebih banyak resipi menggunakan Knorr, sila layari Nak Makan Apa. 

 

 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.