3 Bahan Elok Dicampurkan Kedalam Teh untuk Buka Puasa Time - Nak Makan Apa?

3 Bahan Elok Dicampurkan Kedalam Teh untuk Buka Puasa Time

Save to your favorites

Nak Makan Apa|April 16, 2021

Pejam celik mata kita dah pun nak sampai ke bulan Ramadhan dan masa untuk menyediakan juadah 30 hari berbuka puasa. Bagaimanakah situasi buka puasa time di rumah anda? Adakah sekeluarga sibuk dan riuh menyediakan makanan bersama? Atau adakah anda sahaja yang sering kehulu dan kehilir untuk menonjolkan pakar masterchef anda di dapur

 

Membuat sedikit perancangan tentu melancarkan lagi situasi buka puasa time di rumah anda. Terutama sekali bagi ibu – ibu berkerja atau yang mempunyai anak kecil, ia amat membantu apabila anda mengetahui apa yang sesuai di hidangkan pada hari itu. Satu pro-tip yang boleh dikongsikan adalah untuk sentiasa mempunyai stok makanan atau bahan – bahan masak asas mingguan yang mencukupi. Contohnya, roti, telur, susu, protein seperti ayam dan ikan, dan yang hampir wajib bagi banyak keluarga, apa lagi kalau bukan, teh!

 

Berbuka dengan teh

Tahukah anda teh itu banyak manfaatnya? Terutama sekali bila ia dihidangkan panas atau suam untuk berbuka puasa, ini boleh menenangkan perut dan tidak mengejutkan penghadaman. Di samping itu, berbanding dengan air – air cordial manis yang lain, teh adalah lebih elok dan mudah untuk mengawal kuantiti gula. Ramai juga hari ini yang minum teh tanpa gula langsung. Apatah lagi, dengan sifat kesihatannya seperti mengandungi antioksidan dan mampu mengurang keradangan di badan. Teh itu juga serba boleh, enak di minum begitu dan juga enak di minum apabila di campur dengan bahan – bahan lain. Bukan itu sahaja, kebanyakkan bahan – bahan yang sering di campur dalam teh juga boleh memberi manfaat kesihatan.

 

Teh bersama madu

Buka Puasa Time Teh madu
Beralih kepada madu untuk memberi rasa manis dalam teh anda.

Di era ini, campuran teh dan madu itu bukanlah sesuatu yang baru tetapi ia banyak faedahnya dan paling penting, ia adalah alternatif yang lebih elok daripada gula bagi menambahkan rasa manis dalam teh anda. Madu juga mempunyai sifat antioksidan dan memberi kesan positif dalam megurangkan kolesterol dalam tubuh badan anda. Untuk menciptakan resepi minuman teh dan madu yang lebih enak, tambahkan juga jus atau kepingan lemon untuk rasa yang lebih seimbang.

 

Teh bersama kayu manis

Buka Puasa Time Teh Kayu manis
Kayu manis bukan sahaja berkhasiat tapi mempunyai perisa yang unik apabila bancuh dalam teh.

Kayu manis adalah antara bahan yang amat versatile di dunia kulinari. Bukan sahaja ia enak di gunakan dalam masakan tradisional tempatan ataupun dessert – dessert berbagai negara, tetapi ia juga amat sebati apabila dibancuh dalam teh. Perisa kayu manis adalah sangat unik dan di dalam teh, ia memberi kelainan yang sering digemari ramai. Senarai khasiat bagi kayu manis juga panjang lebar tetapi paling penting ia boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu kawalan berat badan.

 

Teh bersama limau dan asam boi

Buka Puasa Time Teh Limau Asam Boi
Teh o limau dan asam boi bukan sahaja popular untuk buka puasa time tapi mengandungi banyak ciri – ciri kesihatan.

Warga tempatan sudah tentu sangat mengenali resepi teh limau dan asam boi, tapi tahukah anda khasiat yang terdapat dalam resepi minuman popular ini? Limau kasturi dan asam boi amat elok untuk detox tubuh badan daripada pengumpulan toxin. Ia juga mampu membantu sistem penghadaman dan melancarkan lagi sistem pencernaan. Ini membuatkan ia resepi minuman yang ideal terutama sekali untuk buka puasa time. Di samping menyegarkan lagi anda selepas sehari berpuasa, ia juga melegakan tubuh badan dan menyediakan anda untuk hari seterusnya.

 

Bukalah pintu kreativiti anda apabila merancang juadah berbuka puasa dan hidangkan kelainan dari makanan ke minuman di atas meja. Juga doronglah keluarga anda untuk menjalankan 30 hari yang lebih sihat, membuat cabaran ini lebih bermakna. Selamat berpuasa semua!

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.