Idea Menu Horlicks
Pelbagai juadah berkhasiat daripada Horlicks untuk tubuh yang bertenaga
5 Minuman Berkhasiat Ini Bantu Anda Kekal Bertenaga Sepanjang Hari
Minuman berkhasiat seperti Horlicks amat penting untuk dihidangkan sewaktu sarapan pagi. Artikel ini akan fokus pada khasiat yang terkandung dalam Horlicks dan ia menjadi pilihan para ibu sebagai minuman sarapan pagi kerana ia mudah untuk disediakan.
Tiada masa, sibuk atau ingin jaga berat badan adalah antara alasan mengapa ramai orang lebih suka untuk skip sarapan pagi. Sebenarnya, pengambilan sarapan pagi ini amat penting untuk memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari. Kalau nak jaga badan, kenalah pastikan sarapan tu seimbang dan berkhasiat. Kali ini di Nak Makan Apa, kami kongsikan 5 resipi minuman berkhasiat menggunakan minuman malt, Horlicks. Mengandungi 19 nutrisi penting seperti vitamin A, C, B1 dan juga zat besi yang membantu membekalkan tenaga. Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Horlicks Chocolate Smoothies, Minuman Mudah Kesukaan Anak
Kanak-kanak sememangnya sukakan coklat. Jadi, minuman coklat smoothies ini pasti akan menambah selera anak anda. Disediakan menggunakan Horlicks Chocolate, ia sesuai dihidangkan sebagai menu sarapan pagi kerana rasanya yang enak dan kaya dengan vitamin A dan C. Khasiat vitamin A dan C ini penting untuk tumbesaran anak kerana ia membantu perkembangan tulang, gigi serta gusi. Selain itu, khasiat vitamin C juga dapat meningkatkan keupayaan tubuh anak dalam melawan jangkitan agar mereka dapat membesar dengan sihat.
Resipi Horlicks Coklat Smoothies
Produk: Horlicks Chocolate
Bahan yang diperlukan:
- 2 sudu makan Horlicks Chocolate
- 1 biji pisang (dihiris)
- 200 ml air kelapa
- 1 sudu makan santan
- 1 sudu makan mentega kacang
- 1 cawan ais (anggaran)
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga sebati dan lembut.
- Sedia dihidangkan. Anda juga boleh hidangkan sebagai bekal untuk anak ke sekolah.
Horlicks Oat Shake, Minuman yang Mengenyangkan
Ingin jaga berat badan? Kami sarankan anda cuba minuman berkhasiat Horlicks Oat Shake ini. Menggabungkan oat yang membantu anda untuk kekal kenyang dalam tempoh masa yang lama dan Horlicks 3 in 1 Cereal yang kaya dengan khasiat vitamin B12 dan zat besi. Kedua khasiat ini dapat menyokong pembentukan sel darah merah yang membantu mencegah anemia serta memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik.
Resipi Horlicks Oat Shakes
Produk: Horlicks 3in1 Cereal
Bahan yang diperlukan:
- 1 biji pisang
- 6-10 biji kacang dan kismis
- 2 paket Horlicks 3in1 Cereal
- 1 cawan aiskrim vanila (atau perisa kegemaran anda)
- 200 ml susu
- 3 sudu makan instant oat
- 1 cawan ais
- Hirisan pisang (untuk hiasan, jika mahu)
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga sebati dan lembut.
- Hiaskan dengan hirisan pisang. Sedia untuk dihidangkan.
Horlicks Yogurt dan Madu, Minuman Pagi Buat Seisi Keluarga
Pening kepala memikirkan khasiat untuk tumbesaran anak? Kini, anda tidak perlu risau lagi! Nak Makan Apa ada senjata khas untuk anda. Dengan Horlicks Yogurt dan Madu, anak boleh mendapatkan semua khasiat yang diperlukan. Diperbuat menggunakan Horlicks Original yang kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk pembentukan tulang, gigi serta otot yang kuat agar dapat merangsang tumbesaran anak.
Resipi Horlicks Yogurt dan Madu
Produk: Horlicks Original
Bahan yang diperlukan:
- 4 sudu makan Horlicks Original
- 140 g Yogurt biasa atau Greek
- 1 sudu makan madu atau secukup rasa
Untuk hiasan (ikut kesukaan)
- Kurma, buah delima, biji labu dan granola
Cara penyediaan:
- Tuangkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
- Taburkan topping (hiasan) di atas dan hidangkan.
Horlicks Banana Smoothie, Minuman untuk Tumbesaran si Manja
Sukar untuk mencari resipi minuman berkhasiat yang disukai anak? Jangan risau, kami ada jalan penyelesaiannya. Minuman Horlicks Banana Smoothies ini pasti akan dapat memikat selera mereka. Dibuat dengan menggunakan Horlicks 3 in 1 Lite yang kaya dengan zink untuk menyokong fungsi mata dan juga tinggi dengan serat untuk membantu sistem penghadaman yang lancar.
Resipi Horlicks Banana Smoothie
Produk: Horlicks 3 in 1 Lite
Bahan yang diperlukan:
- 200 ml susu
- 1 biji pisang, dihiris
- 50 gram Horlicks 3 in 1 Lite
- 1 sudu makan gula perang
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 4 ketul ais, dihancurkan
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga bahan menjadi lembut dan berbuih.
- Siap untuk dihidangkan. Boleh dihidangkan bersama buahan yang lain.
Horlicks Tiramisu Latte, Minuman untuk Tenaga
Badan rasa kurang bertenaga? Cuba Horlicks Tiramisu Latte diperbuat menggunakan Horlicks 3 in 1 Original yang kaya dengan vitamin B1 dan B2. Kedua vitamin ini akan menukarkan makanan yang diambil menjadi tenaga yang kemudiannya digunakan oleh tubuh untuk menjalankan fungsi asas badan seperti pencernaan, pernafasan serta pengedaran darah. Boleh juga dibekalkan ke pejabat sebagai sumber tenaga harian anda.
Resipi Horlicks Tiramisu Latte
Produk: Horlicks 3in1 Original
Bahan yang diperlukan:
- 1 paket Horlicks 3 in 1 Original
- 200 ml susu oat
- 1 shot espresso
- Serbuk koko
- 25 gram coklat gelap, dihiris
Cara penyediaan:
- Dalam kuali kecil, kacau bersama susu oat dan Horlicks 3in1 Original. Biarkan ia mendidih dengan perlahan. Teruskan kacau bahan sehingga ia berbuih.
- Tuangkan ke dalam gelas dan tambahkan 1 shot espresso.
- Taburkan serbuk koko serta tambahkan hirisan coklat gelap di bahagian atas. Sedia untuk dihidangkan.
Cadangan minuman berkhasiat ini sesuai untuk anda yang inginkan sajian mudah dan ringkas tetapi penuh dengan khasiat. Selain daripada mudah didapati di pasaran, Horlicks menjadi pilihan utama rasanya enak dipadankan dengan pelbagai jenis minuman. Jom kongsikan resipi Horlicks kegemaran anda dan tag media sosial Horlicks. Jika inginkan lebih banyak resipi0 atau hidangan menarik menggunakan Horlicks, layari Nak Makan Apa.