Bermesra Bersama untuk Mengatasi Stress dan Tekanan - Nak Makan Apa?

Bermesra Bersama untuk Mengatasi Stress dan Tekanan

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 28, 2020

Memang sudah menjadi lumrah pada zaman moden ini: kita semua memang susah untuk sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan kawan-kawan kita. Ini disebabkan jadual kita yang selalunya terlalu sibuk: penuh dengan hal-hal kerja, mesyuarat, kerja harian, tanggungjawab rumahtangga, dan macam-macam lagi.

Walaupun ramai di kalangan kita sudah memiliki alat mudah alih yang canggih dan pantas, ini bermaksud yang komunikasi kita dengan keluarga dan kawan selalunya melalui telefon bimbit sahaja. Sepanjang hari dan sepanjang minggu, kita sering menumpukan perhatian kepada kerjaya kita, dari pagi ke lewat malam.

Nasib baik, setiap hujung minggu kita ada dua hari penuh untuk bersantai selepas penat bekerja pada hari yang lain. Sabtu dan Ahad adalah masa untuk kita berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan kita. Terdapat banyak faedah yang diterima apabila kita meluangkan masa yang berkualiti bersama yang tersayang. Ini boleh membantu kita merasa lebih senang, menenangkan minda kita, dan menangani stress ataupun tekanan. Kawan-kawan juga selalunya membuat kita ketawa dan geli hati, dan juga menjadi sumber inspirasi dan motivasi apabila diperlukan.

Luangkan masa bersama yang tersayang sambil meminum secawan teh. Seteko teh Lipton Yellow Label rasanya pekat dan berbau harum, sempurna untuk saat-saat bersama keluarga dan kawan.

 

Berikut merupakan cara mudah untuk anda menyediakan minuman ini di rumah:

  • Letakkan 3 uncang ke dalam teko/cerek kosong.
  • Tuangkan 1 liter air yang baru dijerang ke dalam teko tersebut (gunakan jag untuk menyukat).
  • Biarkan uncang di dalam air hangat untuk 3-4 minit.
  • Keluarkan uncang daripada teko.
  • Campurkan 60g (6 sudu besar) gula ke dalam teh yang anda baru bru dan kacau sehingga gula telah cair.
  • Hidang!

Lipton Yellow Label juga sesuai untuk dipadankan dengan snek-snek yang anda sediakan. Untuk memudahkan proses merancang acara minum petang, berikut merupakan beberapa cadangan snek yang boleh dipadankan dengan teh anda.

Jika anda teringin sesuatu yang gurih, gulungan roti tuna mayonis ini senang untuk disediakan. Saiznya tepat untuk tujuan snek dan boleh dihidangkan dengan buah-buahan pilihan anda.

Sandwich buah-buahan adalah pilihan menarik yang anda boleh cuba jika anda teringin sesuatu yang manis pula. Anda boleh menggunakan apa-apa buah yang anda inginkan; yang penting adalah mayonis dan madu!

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.