Elakkan Burnout di Tempat Kerja dengan Kebaikkan Green Tea - Nak Makan Apa?

Elakkan Burnout di Tempat Kerja dengan Kebaikkan Green Tea

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 28, 2020

Mengelakkan burnout di tempat kerja

Sejak kecil, kita memang digalakkan untuk bekerja keras. Pesanan ini diulang sepanjang hidup: jika kita bekerja keras, kita akan menerima ganjaran dalam apa juga bentuk — kewangan, kepuasan hati majikan kita, dan lain-lain.

Tapi lihat di sekeliling anda. Anda masih lagi di pejabat bersama rakan-rakan kerja. Anda semua sudah sangat letih. Badan anda sudah sengal kerana duduk bekerja sepanjang hari, setiap hari, untuk berminggu-minggu kerana mengerjakan projek terbaru ini. Belum sebut lagi pasal soal pemakanan yang tidak terurus, atau keluarga anda yang hanya dapat bersama anda pada hujung minggu.

Adakah ini sebenarnya produktif? Tidak sama sekali!

 

Apakah itu burnout

Terdapat pelbagai tanda-tanda burnout. Pakar-pakar belum bersetuju tentang definisi sebenar burnout, tetapi apa yang jelas melalui kajian adalah burnout berkait rapat dengan tekanan kuat yang dihadapi seseorang, terutamanya di tempat kerja. Ada 3 tanda besar burnout:

 

  1. Keletihan — Kepenatan yang amat dari segi fizikal, mental, dan emosi. Seseorang boleh menghidap sakit kepala atau masalah pencernaan.
  2. Menjarakkan diri — Seseorang yang mulai burnout akan tertekan dan geram di tempat kerja. Mereka akan menjarakkan emosi mereka dari situasi susah, dan kelihatan seperti tidak beremosi sepanjang masa.
  3. Prestasi berkurangan — Seseorang akan bersikap negatif tentang tugasan mereka dan sukar untuk menumpukan perhatian.

 

Apakah cara kita boleh lakukan untuk mengurangkan kesan burnout?

Cara paling efektif untuk mengurangkan burnout adalah untuk menghentikan aktiviti yang memberikan kita tekanan yang berlebihan dan berpanjangan. Malangnya, ini bukan sesuatu pilihan yang mudah, atau yang dapat dilakukan dengan serta-merta.

Sambil anda memikirkan cara yang terbaik untuk mengurangkan beban anda secara tetap, cuba petua berikut untuk memberi diri anda tenaga dan memfokus kembali minda anda supaya boleh produktif semula di tempat kerja.

 

a) Pergi berjalan

Berjalan adalah aktiviti fizikal yang paling ringkas anda boleh lakukan. Tinggalkan telefon bimbit anda di meja kerja, dan berjalanlah untuk 10-15 minit. Jika ada taman di sekitar kawasan pejabat anda, cuba berjalan di situ untuk bersenam sebentar dan menghirup udara segar.

 

b) Bersenam tanpa meninggalkan meja anda

Bersenam dapat meningkatkan tahap endorfin dan mengurangkan tekanan. Anda boleh bersenam terus di meja anda — tiada siapa yang akan tahu, dan anda boleh meningkatkan fokus anda. Cuba senaman “Leg Planks” ini: duduk di hujung kerusi anda, bengkokkan lutut, dan letakkan kaki di atas lantai. Lunjurkan kaki kanan anda ke hadapan dengan perlahan sehingga lurus dan selari dengan lantai. Tahan selama 10 saat, rehatkan kaki anda, dan ulang semula dengan kaki kiri. Lakukan senaman ini untuk 5 kali bagi setiap kaki.

 

c) Cari sudut yang tenang di pejabat anda dan minum secawan teh hijau

Minumlah secawan Lipton Pure Green Tea kerana kebaikkan green tea dapat mengurangkan tekanan dan kerisauan, dan ini akan memberi kesan positif terhadap kesihatan emosi diri. Teh hijau juga mengandungi sebatian EGCC yang meningkatkan fungsi otak. Sebatian ini telah dibuktikan untuk meningkatkan hubungan antara bahagian-bahagian otak, terutamanya bahagian yang dikaitkan dengan ingatan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.