Ayam Butter Gajus

35minit
3 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 300 gm ayam (bahagian dada)
  • 2 sudu besar unsalted butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar gajus (dibakar)
  • 200 ml Air
  • 3 ketul cendawan shitake
  • 49 gm brokoli
  • ½ batang Lobak merah
  • ½ bawang Holland
  • 2 tangkai daun bawang

Langkah-langkah

1

Cairkan butter. Goreng cili kering sehingga garing dan ketepikan.

2

Masukkan bawang putih dan serbuk lada hitam ke dalam butter tadi dan tumis sehingga naik bau.

3

Masukkan ayam dan goreng sehingga hampir masak.

4

Masukkan sos tiram, kicap, Knorr Pasti Sedap dan sos ikan.

5

Masukkan cendawan, brokoli, carrot dan bawang holland. Masukkan air dan tunggu sehingga sayuran lembut.

6

Masukkan cili kering, gajus dan minyak bijan. Kacau sebati.

7

Akhir sekali masukkan daun bawang. Kacau sehingga daun layu. Siap.

Exit mobile version