Bahan-bahan
-
120 g Tepung gandum
-
½ sudu teh Soda bikarbonat
-
60 g Mentega tanpa garam
-
45 g Gula kastor
-
40 g Gula perang
-
30 g Telur
-
95 g Lady's Choice Mentega Kacang Halus
Secubit garam
-
1 cawan Kacang tanah
-
30 g Telur, untuk sapuan
Langkah-langkah
1
Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2
Di dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula sehingga gebu. Kemudian, masukkan telur dan Lady’s Choice Mentega Kacang Halus. Pukul sehingga sebati.
3
Masukkan campuran tepung dan kacau sehingga sebati dengan spatula. Bahagikan doh kepada bebola 8 gram dan uli menjadi bulat.
4
Susunkan semua bebola di atas dulang pembakar, letakkan sebiji kacang tanah di atas doh dan tekankan ia kebawah sedikit agar kacang tanah sedikit tenggelam ke dalam doh.
5
Akhirnya, sapukan telur di atas dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160˚C selama 15-18 minit.