Gegelung Udang Avocado & Zucchini Berwarna-warni - Nak Makan Apa?

Gegelung Udang Avocado & Zucchini Berwarna-warni

Simpan ke kegemaran anda

30minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Oktober 11, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 2 batang (250-300g) Zucchini kuning, dihiris memanjang
  • 2 batang (250-300g) Zucchini hijau, dihiris memanjang
  • 1 biji (110-125g) Buah avocado, dihiris
  • 5 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 1 biji (120-140g) Epal merah, diparut dan diperah jusnya
  • 2 sudu besar Jus limau lemon
  • ½ sudu besar Parutan kulit limau lemon
  • ¼ sudu teh Lada hitam kasar
  • 250 g Udang saiz kecil

Langkah-langkah

1

Rebus udang dan dibiarkan sejuk. 

2

Di dalam mangkuk, campurkan Lady’s Choice Mayonis Sebenar dengan parutan epal, jus limau lemon, parutan kulit limau lemon dan lada hitam kasar. 

3

Untuk menghidang, ambil 1 keping setiap ribon zuchinni yang berlainan warna, sapukan satu lapisan nipis campuran Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas dan gulungkannya. Letakkan seekor udang di atas gegelung dan hidangkan sejuk. 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.