Gegulung Pizza Keju dan Ayam - Nak Makan Apa?

Gegulung Pizza Keju dan Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Resipi Gegulung Pizza Keju dan Ayam sungguh gebu dan enak, sangat-sangat senang nak buat.

45minit
5 Hidangan
Ringkas
Nak Makan Apa|Disember 31, 2019

Bahan-bahan

Lady's Choice Mayonis Sebenar
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
  • 2 x 8 "kepingan pastri puff
  • 8 keping hirisan ayam
  • ½ cawan ceri tomato merah dan kuning, dipotong dadu
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 sudu teh campuran herba (mixed herbs)
  • ½ cawan keju cheddar (diparut)
  • ½ cawan keju mozzarella (diparut)
  • Daun ketumbar, dicincang untuk hiasan

Untuk Egg Wash

  • 1 biji telur + 1 sudu besar air, dipukul sebati

Langkah-langkah

1

Taburkan sedikit tepung di permukaan kerja, letakkan pastri di atas. Menggunakan pin bergolek, leperkan sedikit pastri puff.

2

Sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan puri tomato ke atas permukaan pastri dengan penuh, taburkan herba campuran dan keju. Kemudian, susunkan hirisan ayam dan akhir sekali taburkan ceri tomato.

3

Gulung kan pastri seperti roll Swiss. Balut dengan plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

 

4

Keluarkan dari peti sejuk dan potong dengan pisau tajam kepada gegulung ½ inci lebar. Susunkan di atas loyang, sapukan sedikit egg wash.

5

Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 15-18 minit atau sehingga keemasan. Ketepikan selama 5 minit.

6

Taburkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan hias dengan daun ketumbar sebelum dihidang.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.