Gulungan Roti Tuna Mayo - Nak Makan Apa?

Gulungan Roti Tuna Mayo

Simpan ke kegemaran anda

Gulungan Roti Tuna Mayo adalah hidangan sampingan yang sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Sempurnakanlah hidangan bersama teh ataupun kopi, memang nikmat!

40minit
4 Hidangan
Ringkas
~280kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Februari 22, 2019

Bahan-bahan

  • 1 tin tuna flakes dalam air, ditapis
  • 55 g saderi, didadu
  • ¼ epal merah, biji dikeluarkan dan didadu
  • ½ pir, biji dikeluarkan dan didadu
  • 4 keping roti putih atau roti gandum, sisinya dipotong
  • 4 keping keju Cheddar
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Tips nutrisi

  • Gunakan roti bijian penuh (roti gandum) untuk resepi ini kerana ianya mengandungi serat dan nutrien yang lebih tinggi berbanding dengan roti putih.
  • Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dengan menambahkan sayuran hijau dalam hidangan seperti timun dan daun salad.

Langkah-langkah

1

Masukkan tuna, Mayonis Sebenar Lady’s Choice, saderi, epal dan pir dalam satu mangkuk. Gaul rata. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.

2

Seterusnya, dengan hati-hati gunakan pin bergulir untuk gulungkan roti sehingga rata.

3

Letakkan sekeping keju di atas roti.

4

Tambahkan sedikit campuran tuna di atas keju. Gulungkan roti dengan ketat dan biarkan dalam peti sejuk selama 20 minit.

5

Sebelum menghidang, potongkan 1 gulungan roti kepada 3-4 gulung yang kecil.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.