Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Rampai - Nak Makan Apa?

Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Rampai

Simpan ke kegemaran anda

35minit
3 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 15, 2021
Decorative Image

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ikan bilis
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bahan bahan

  • 2 keping Ikan Tenggiri
  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang besar
  • 7-8 tangkai Cili padi
  • ½ inci halia
  • ½ inci Kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 2 cawan Santan pekat
  • Daun kunyit Dihiris halus
  • Daun kesum Dihiris halus
Decorative Image

1

Cara Penyediaan: 

Gorengkan ikan tenggiri yang telah disalutkan dengan serbuk kunyit dan garam di dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu garing.

2

Bila ikan dah masak, boleh angkat dan ketepikan.

3

Tumbukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, sedikit halia, sedikit kunyit hidup dan dua batang serai sehingga lumat.

4

Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan serai. Masukkan santan pekat dan kacaukan.

5

Masukkan Kiub Ikan Bilis Knorr dan kacau sehingga kiub itu hancur. Masukkan Asam Keping.

6

Bila santan pekat, masukkan ikan dan digaul rata.

7

Masukkan kirisan daun kunyit dan daun kesum.

8

Setelah kuah pekat, keluarkan asam keping.

9

Siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

  • Gantikan santan dengan yoghurt asli untuk pilihan yang lebih sihat kerana yoghurt mengandungi lebih nutrisi seperti kalsium dan lebih kurang lemak tepu.
  • Hidangkan resepi ini bersama sayur-sayuran seperti bayam, lobak merah dan brokoli atau sayur kegemaran anda.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.