Kari Ayam Lasagna - Nak Makan Apa?

Kari Ayam Lasagna

Simpan ke kegemaran anda

40min
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Ogos 20, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 12 helai Kulit lasagna
  • 1 cawan Keju mozarella diparut

untuk Kari Ayam

  • 120 g Ubi kentang, didadu halus
  • 100 g Bawang besar, didadu halus
  • 2 ulas Bawang putih, dicincang halus
  • 500 g Daging ayam kisar
  • 200 g Pes kari ayam
  • ½ cawan Air
  • ½ cawan Santan rendah lemak
  • 3 sudu besar Minyak masak

Untuk sos Béchamel

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ubi kentang sehingga kuning keemasan. Masukkan bawang besar, bawang putih dan terus goreng sehingga empuk. 

2

Kemudiannya, masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga ayam masak sepenuhnya. Masukkan pes kari, air, santan dan masak pada suhu sederhana selama 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.

3

Untuk sos béchamel, pukul Lady’s Choice Mayonis Sebenar bersama dengan susu dan lada hitam sehingga rata dan ketepikan.

4

Untuk menghidang, sapukan satu lapisan nipis sos kari ayam di bahagian bawah kaserol atau dulang bakar, kemudiannya lapiskan dengan kepingan lagsana, sedikit kari ayam dan diikuti dengan sedikit sos béchamel. Ulangi langkah untuk lapisan kedua dan ketiga. Akhirnya taburkan bahagian atas dengan keju mozarella. 

5

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 35-40 minit. 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.