Bahan-bahan
-
5 ekor Ketam bunga, dibersihkan dan tos
-
150 ml Santan
-
1 batang Serai, diketuk
-
1 keping Asam jawa
-
1 Daun kunyit, dihiris
-
¼ sudu teh Gula
-
1 kiub Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Bahan Kisar
-
5 biji Cili padi
-
5 biji Bawang merah
-
3 ulas Bawang putih
-
1 inci Kunyit segar
-
½ cawan Air
Langkah-langkah
Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk lalu biarkan ia mendidih.
Kemudian, masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Masukkan ketam dan bahan yang lain. Perisakan dengan Knorr Kiub Pati Ikan Bilis.
Masak selama 7-9 minit dan gulai lemak ketam siap untuk dihidangkan.
Cara siang ketam yang mudah:
Terbalikkan badan ketam dan pisahkan bahagian berbentuk segi tiga di bawahnya. Tarik dan pisahkan daripada badan ketam.
Buang insang yang lembut seperti plastik yang terletak di bahagian kiri dan kanan badan ketam, kemudian cuci bersih segala kotoran yang melekat padanya. Bersihkan juga lendir di bawah tengah ketam.
Potong semua hujung yang tajam pada bahagian kaki ketam.
Buang cengkerang dan potong ketam kepada dua bahagian.
Potong bahagian mulut dan buang insang.
Cuci dan bersihkan semua kotoran.