Resipi Lempeng Pisang dan Oat - Nak Makan Apa?

Resipi Lempeng Pisang dan Oat

Simpan ke kegemaran anda

Rendah lemak & kalori, lempeng pisang dan oat ini mudah disediakan dan sesuai dijadikan snek cepat.

20minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~300kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|April 20, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 1 cawan oat segera
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh kayu manis
  • 2 telur
  • ¼ cawan keju krim, lembut
  • 4 sudu besar susu
  • 1 sudu teh mentega
  • 1 biji pisang, dihiris

Untuk topping:

Langkah-langkah

1

Pukulkan semua bahan-bahan kecuali pisang sehingga sebati. Masukkan pisang dan gaul sebati.

2

Cairkan mentega di dalam kuali tidak melekat pada api sederhana rendah.

3

Masukkan ¼ cawan adunan lempeng.

4

Masak sehingga naik buih. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi sehingga kekuningan. Ulangi langkah sehingga adunan habis.

5

Hidang bersama dengan sos mayonis madu dan hirisan pisang.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Oat adalah makanan bijian penuh yang tinggi dengan serat. Pengambilan serat boleh membantu melegakan sembelit. Oat juga kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan.
  • Pisang mengandungi kalium dan serat. Kalium diperlukan untuk pengekalan keseimbangan bendalir dalam badan dan menyokong penghantaran isyarat pada saraf.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.