Resipi Macaroni Masak Ikan Sardin dan Kicap Manis Mayonis - Nak Makan Apa?

Resipi Macaroni Masak Ikan Sardin dan Kicap Manis Mayonis

Simpan ke kegemaran anda

Macaroni Masak Ikan Sardin dan Kicap Manis Mayonis hanya mengambil masa 10 minit untuk disiapkan. Sempurna untuk mereka yang tergesa-gesa pada waktu pagi!

20minit
3 Hidangan
Ringkas - Easy
~460kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|April 20, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 200 g ikan sardin dalam tin tanpa sos, dihancur kasar
  • 200 g macaroni, dimasak
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 bawang besar, dicincang
  • 1 cawan sayur-sayuran campur beku
  • 1 cawan kacang panjang, dipotong panjang 1 inci
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam dan serbuk lada putih secukup

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan bawang putih sehingga wangi.

2

Masukkan sayur-sayuran, ikan sardin, macaroni, Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan Kicap Manis. Gaul sehingga sebati.

3

Perasa dengan garam dan serbuk lada putih.

4

Hidang panas.

Decorative Image

Tips nutrisi

Sardines mengandungi lemak tidak tepu seperti DHA, vitamins seperti vitamin B12 dan minerals seperti kalsium. Vitamin B12 diperlukan bagi penghasilan sel darah merah, dan kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.