Mee Ladna - Nak Makan Apa?

Mee Ladna

Simpan ke kegemaran anda

35minit
2 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 21, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 200 g mee kuning
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 50 gm udang
  • 50 gm sotong
  • 50 gm ayam bahagian dada
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 tangkai cili padi, diketuk
  • ½ batang karot
  • 30 gm sayur sawi
  • 50 gm bunga kobis
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 Kiub Ayam Knorr Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 150 ml air

Langkah-langkah

1

Panaskan sedikit minyak. Gaul rata mee bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.

2

Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.

3

Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot, bunga kobis dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi dan tomato.

4

Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan Kiub Ayam Knorr, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.

5

Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas mee tadi.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.