Resepi Nasi Goreng Ayam & Telur Masin Pedas

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nasi Goreng Ayam Telur Masin

Nasi Goreng Ayam & Telur Masin Pedas (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
  • ¼ kiub dikisar + 2 sudu besar air panas Knorr Kiub Pati Ayam
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 15 g Bawang putih, dicincang
  • 120 g Dada ayam, dihiris
  • 60 g Lobak merah, didadu
  • 50 g Kacang hijau
  • 2 biji Telur masin, direbus dan dicincang
  • 1 tangkai Daun kari
  • 2 biji Cili padi, dihiris
  • 3 mangkuk Nasi Putih
  • 1 sudu teh Kicap cair (ikut kesukaan)
  • ½ sudu teh Serbuk lada sulah
  • Daun bawang dihiris untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam, lobak merah dan kacang hijau. Kacau sehingga sebati.

2

Masukkan telur masin, daun kari, cili padi dan goreng sehingga wangi. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.

3

Tuangkan campuran Kiub Ayam Knorr dan kacau sehingga sebati. Perasakan dengan kicap cair dan serbuk lada sulah.

4

Hias dengan daun bawang dan hidangkan panas.

Exit mobile version