Resipi Nasi Goreng Ayam

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nasi Goreng Ayam

Resipi Nasi Goreng Ayam. (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
  • 100 g daging ayam, dihiris
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 20 g bawang putih, dicincang
  • 50 g sayur campuran beku, dicairkan
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 telur
  • ½ sudu teh serbuk lada putih

Langkah-langkah

1

Perap hirisan ayam dengan 1 sudu teh Knorr SavorRich Ayam dan gula selama 10 minit.

 

2

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak selama 3 minit.

 

3

Masukkan sayur campuran dan nasi, gaul hingga rata.

 

4

Ketepikan nasi. Pecahkan telur di tengah kuali, hancur dan kacau rata ke dalam nasi.

 

5

Campurkan 2 sudu teh Knorr SavorRich Ayam dalam nasi, gaul rata dan goreng selama 2 minit. Perasakan dengan serbuk lada putih.

Exit mobile version