Nasi Goreng Cina Pattaya

45minit
3 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 300 gm nasi putih
  • 1 biji telur
  • 50 gm isi ayam, hiris nipis
  • 100 gm udang
  • 100 gm sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji telur didadar

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

2

Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.

3

Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.

4

Masukkan pula Knorr Pasti Sedap, lada sulah dan juga sayuran campur.

5

Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

6

Pukul telur dengan sedikit Knorr Pasti Sedap dan goreng dadar.

7

Bungkus nasi goreng dengan telur dadar tadi.

Exit mobile version