Nasi Goreng Kari Laksa - Nak Makan Apa?

Nasi Goreng Kari Laksa

Simpan ke kegemaran anda

Hidangkan Nasi Goreng yang berlainan minggu ini dengan kacukan perisa Kari Laksa. Bukan sahaja lazat, ia pasti menjadi hidangan kegemaran sekeluarga!

45minit
6 Hidangan
Ringkas
Nak Makan Apa|September 7, 2020

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis 6 Kiub 60g
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Beli dalam talian

Untuk Pes Laksa

  • 3 Bawang merah Thai, dikupas dan dibelah dua
  • 1 ulas besar bawang putih, dikupas
  • 1 inci kepingan halia, dikupas
  • 1 tangkai serai, dicincang kasar (buang lapisan luaran yang kering)
  • 1 sudu besar pes kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ rumpun batang ketumbar, simpan daun sebagai hiasan
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 1 sudu besar Sambal Oelek

Untuk udang

  • ½ sudu besar minyak sayuran
  • 2 sudu besar pes laksa yang sudah disediakan
  • 12 Udang Harimau, dikupas, disiang dan masih berekor
  • 2 sudu besar krim kelapa

Untuk Nasi Goreng Kilas

  • 600 g Nasi
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 1 sudu teh bawang putih, dikisar
  • 1 sudu teh halia, diracik helai (atau dikisar)
  • 2 biji telur, dipukul rata
  • 6 keping tauhu goreng, dipotong tipis-tipis
  • 100 g kacang pis, dinyahfroskan
  • 300 g dada ayam tanpa kulit, direbus dan dicarik-carik
  • 100 g tauge
  • 2 batang daun bawang, bahagian putih, dicarik helai (simpan bahagian hijau sebagai hiasan)

Langkah-langkah

1

Untuk membuat Pes Laksa, campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pemproses makanan dan sebatikan adunan sehingga menjadi pes, kikis bahagian sisi mesin semasa mengadun untuk menghasilkan pes yang teradun sempurna. Asingkan ketepi.

2

Untuk memasak udang, menggunakan kuali dengan api yang sederhana, masukkan minyak dan gorengkan pes laksa yang sudah disediakan selama 1 minit dengan penuh hati-hati supaya tidak rentung. Masukkan udang dan goreng kilas lagi selama 1 minit atau lebih.

3

Tambahkan krim kelapa apabila udang sudah berubah warna dan gorengkan lagi menggunakan api sederhana/besar selama 2 minit atau sehingga udang sudah masak dengan sempurna. Alihkan udang dan alihkan ketepi untuk digunakan kemudian.

4

Lebihan pes laksa boleh disimpan di dalam peti sejuk menggunakan bekas kedap udara selama 2 minggu atau dibekukan menggunakkan dulang kiub ais untuk disimpan selama 2 bulan.

5

Untuk membuat Nasi Goreng Kilas, menggunakan kuali yang sama, masukkan minyak dan gunakan api nyalaan besar. Masukkan bawang putih dan halia dan gorengkan untuk 30 saat kemudian tambahkan telur yang sudah dipukul untuk digoreng kilas secara pantas supaya bahan-bahan tidak menjadi rentung.

6

Hancurkan telur dan tambahkan tauhu untuk di masak lagi selama 30 saat. Masukkan nasi dan gaul sebati, pastikan nasi sentiasa digaulkan untuk memastikan nasi tidak menjadi penyek. Campak masuk kacang pis, carikkan ayam dan udang. Gaulkan sebati kemudian tambahkan tauge dan daun bawang. Asingkan ketepi dan hidangkan.

7

Hiaskan menggunakan taburan daun bawang dan cili merah untuk dihidangkan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.