Bahan-bahan
Untuk inti kastard
-
1 Knorr Kiub Pati Ikan Bilis Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
-
350 g Ketulan ikan tenggiri, dipotong kecil
-
2 biji Telur
-
3 sudu besar Tepung beras
-
100 ml Santan
-
8 helai Daun limau purut, dihiris nipis
-
1 sudu teh Serbuk lada sulah
-
1 sudu besar Gula perang
Untuk pes
-
6 biji Cili merah, dibuang biji dan dicincang
-
60 g Bawang merah
-
10 g Bawang putih
-
2 cm Lengkuas, dicincang kasar
-
2 cm Kunyit, dicincang kasar
-
2 batang Serai, dicincang kasar
-
3 sudu besar Minyak masak
Untuk balutan
-
24 helai Daun kaduk
-
12 helai Daun pisang, potong saiz 12cm x 12cm Pencungkil gigi untuk mengekalkan bentuk
Langkah-langkah
1
Masukkan semua bahan-bahan untuk inti kastard ke dalam mangkuk dan campur dengan kisaran bahan-bahan pes sehingga sebati.
2
Didihkan air di dalam periuk dan lecur daun pisang sehingga lembut. Lipat menjadi kotak segi empat tepat dan tetapkan dengan pencungkil gigi. Ulangi langkah untuk semua daun pisang.
3
Letakkan 2 helai daun kaduk di dalam setiap kotak daun pisang dan isikan dengan campuran inti kastard, kemudian taburkan sedikit daun limau purut di atas.
4
Kukus dengan suhu tinggi selama 10-12 minit. Hidangkan panas.