Pizza Ayam Aloha - Nak Makan Apa?

Pizza Ayam Aloha

Simpan ke kegemaran anda

20min
6 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|April 3, 2022
Decorative Image

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Lady's Choice Sos Salad Thousand Island 250ml
Lady's Choice Sos Salad Thousand Island
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 2 sudu besar Minyak masak
  • 50 g Bawang kuning, didadu
  • 200 g Dada ayam tanpa kulit, dihiris halus
  • ¼ sudu teh Garam
  • ¼ sudu teh Serbuk lada sulah
  • 2 keping Kulit roti pizza crust nipis 10” siap sedia
  • 100 g Nenas dalam tin, didadu
  • 1 cawan Keju mozarella
Decorative Image

Langkah-Langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang kuning sehingga empuk, kemudian masukkan ayam dan goreng sehingga masak, perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Biar untuk sejuk.

2

Di dalam satu mangkuk, satukan Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan Lady’s Choice Sos Salad Thousand Island.

3

Sapukan campuran sos salad dengan rata pada permukaan pizza dan susun campuran ayam dan nenas di atasnya.

4

Taburkan sedikit keju mozzarella di atas pizza dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 170°C selama 20 minit atau sehingga keju cair.

5

Hiaskan dengan daun parsli dan serbuk lada hitam dan hidangkan panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.