Resepi Roti Pita Ayam Masala Lady's Choice - Nak Makan Apa?

Resepi Roti Pita Ayam Masala Lady’s Choice

Simpan ke kegemaran anda

Resepi Roti Pita Ayam Masala Lady's Choice ini bukan sahaja enak di makan, tetapi mudah di hidangkan terutama sekali bagi isi keluarga yang ramai. Selamat mencuba!

30minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~370/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Januari 14, 2021 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Ayam
Lady's Choice Sapuan Ayam
Beli dalam talian
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 300 g Dada ayam, didadu
  • 4 Roti pita, dibelah dua dan dibakar
  • 1 sudu besar Minyak masak

Untuk perapan ayam:

  • 1 inci Halia muda, dikisar
  • 2 ulas Bawang putih, dikisar
  • 1 sudu teh Serbuk cili
  • 1 sudu teh Rempah kari daging
  • ½ cawan Daun pudina, dicincang
  • 2 sudu teh Garam masala
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Untuk salad:

  • 2 Tomato, buangkan biji dan didadu
  • 1 Timun Jepun, buangkan biji dan didadu
  • 2 Bawang merah, dicincang

Untuk hiasan:

  • Daun pudina dan limau nipis

Langkah-langkah

1

Di dalam mangkuk besar, campurkan ayam dengan bahan-bahan perapan. Perap ayam selama 20 minit.

2

Di dalam mangkuk yang lain, campurkan bahan-bahan salad sehingga sebati. Ketepikan.

3

Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng ayam sehingga masak.

4

Untuk menghidang, sapukan Lady’s Choice Sapuan Ayam ke atas poket pita. Sudukan ayam masala dan salad ke dalam poket pita. Hiaskan dengan daun pudina dan limau nipis sebelum dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

Lady’s Choice Sapuan Ayam dan Lady’s Choice Mayonis Sebenar mengandungi lemak tidak tepu seperti Omega 3.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.