Resepi Spaghetti Ayam Black Pepper

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Spaghetti Ayam Black Pepper

Spaghetti Ayam Black Pepper (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 kiub dikisar Knorr Kiub Pati Ayam
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 1 Bawang Bombay, dihiris
  • 20 g Bawang putih, dihiris
  • 30 g Halia, dihiris
  • 250 g Ayam dihiris
  • 100 ml Air
  • 1 sudu besar Kicap cair
  • 1 sudu besar Kicap pekat
  • 100 g Lada benggala kuning, dihiris
  • 100 g Lada benggala merah, dihiris
  • 30 g Serbuk lada hitam
  • 450 g Spaghetti, direbus
  • Segenggam daun ketumbar untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang Bombay, bawang putih dan halia sehingga wangi.

2

Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Goreng selama satu minit.

3

Masukkan air, kicap cair, kicap pekat dan Kiub Ayam Knorr. Kacau sehingga sebati dan masukkan lada-lada benggala.

4

Akhirnya, masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan panas.

Exit mobile version