Resepi Udang Masak Butter Rangup - Nak Makan Apa?

Resepi Udang Masak Butter Rangup

Save to your favorites

Pastinya kegemaran ramai, cubalah di rumah anda resepi Udang Masak Butter Rangup ini yang lazat lagi menyelerakan.

35min
6 Servings
Ringkas - Easy
~450kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|January 14, 2021

Ingredients

Needed for this recipe:
Knorr All in One Seasoning
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Buy online

Untuk udang goreng:

Untuk telur garing:

Nutritional tips

  • Udang mengandungi protein – nutrisi yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan.
  • Ambil Pinggan Sihat Malaysia – Suku-suku Separuh sebagai panduan. Suku pinggan dengan sumber protein seperti udang, suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau mee, separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Steps

1

Gaulkan udang dengan Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan putih telur. Kemudian, salutkan udang dengan tepung jagung dan tepung beras.

2

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang selama 4-5 minit atau hingga garing. Angkat dan ketepikan.

3

Tambahkan mentega ke dalam minyak. Setelah mentega cair dan berbuih, masukkan kuning telur yang dipukul sedikit demi sedikit. Kacau telur dengan pemukul untuk mendapatkan tekstur yang halus. Kekalkan api sederhana hingga tinggi, goreng selama 1-2 minit.

4

Masukkan cili, daun kari, Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan gula. Goreng selama 1 minit lagi. Angkat dan ketepikan.

5

Letakkan udang ke dalam kuali dan masukkan telur garing. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.