Resipi Rendang Daging - Nak Makan Apa?

Resipi Rendang Daging

Simpan ke kegemaran anda

Menyediakan Rendang Daging memerlukan masa, tetapi tidaklah susah. Jom tengok resipi sedap dan istimewa ini, amat mudah untuk diikuti.

1jam 50minit
6 Hidangan
Sederhana
Nak Makan Apa|April 11, 2020

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu 6 Kiub 60g
Knorr Kiub Pati Lembu
Beli dalam talian

Bahan-bahan:

  • 1 kg Daging lembu, potong dadu
  • 3 cawan Santan kelapa
  • 15 Cili kering, kisar kasar
  • 4 batang Serai, hiris nipis
  • 10 Bawang merah, hiris nipis
  • 4 ulas Bawang putih, hiris nipis
  • 1½ inci Halia, hiris nipis
  • 4 helai Daun kunyit, racik halus
  • 1 sudu besar Minyak

Untuk perasa:

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis cili kisar, serai, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan daging lembu dan santan kelapa.

2

Didih perlahan menggunakan api sederhana selama 1 jam atau sehinggan daging empuk. Kacau sehingga kuah hampir kering dan pecah minyak. Perlahankan api dan kacau sentiasa untuk mengelakkan hangit.

 

3

Masukkan Kiub Daging Knorr, garam secukupnya dan gula melaka.

 

4

Kacau sentiasa selama 20 minit atau sehingga kuah hampir kering dan tekture yang lembap.

 

5

Sebelum menghidang, masukkan daun kunyit yang diracik dan gaul sekata.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.