Roti Bakar Ayam Lada Hitam

15minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Roti Ayam Bakar Black Pepper side

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 1 Paha ayam penuh tanpa tulang dan kulit
  • 4 sudu besar Sos lada hitam
  • ½ sudu besar Sebuk lada hitam kasar
  • 150 g Bawang kuning, potong ½” bulat
  • 4 4 keping Roti burger, dibelah dua dan bakar
  • 40 g Daun salad
    Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Leperkan sedikit paha ayam dan perap dengan sos lada hitam, serbuk lada hitam kasar, garam, 2 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan bawang kuning untuk 30 minit.

2

Panaskan kuali kepada suhu sederhana dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Kemudian, masukkan bawang yang diperap dan goreng dengan api rendah sehingga berkaramel.

3

Hiris ayam kepada hirisan sederhana besar setelah sejuk.

4

Untuk menghidang, sapukan sedikit Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas roti burger. Letakkan sedikit daun salad di atas roti dan diikuti dengan hirisan ayam dan bawang goreng. Akhirnya, tutup dengan roti burger dan hidangkan serta-merta.

Exit mobile version