Bahan-bahan
Untuk Perapan Ayam
-
6 sudu besar Hellmann’s Triple Citrus Hellmann's Triple Citrus
-
2 Peha ayam dengan kulit, tanpa tulang
-
½ sudu teh Garam
-
½ sudu teh Serbuk lada sulah
-
1 sudu teh Serbuk bawang putih
-
1 sudu besar Madu
-
1 sudu teh Kicap cair
Untuk Salad
-
4 sudu besar Hellman’s Triple Citrus
-
60 g Kale, dicincang kepingan kecil
-
1 cawan Biji buah delima (pomegranate)
-
40 g Limau gedang (grapefruit), dipotong kecil
-
60 g Sengkuang, dihiris jalur
Untuk Sos
-
2 sudu besar Hellmann’s Triple Citrus
-
1 sudu besar Madu Jus daripada ayam bakar
Langkah-langkah
1
Untuk ayam bakar, perap ayam dengan perapan ayam selama 30 minit.
2
Letakkan ayam (kulit menghala atas) di atas dulang bakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160oC selama 20 minit. Alihkan ayam dari dulang bakar dan simpan jus.
3
Biar ayam sejuk selama 5 minit, hiris kasar dan ketepikan.
4
Untuk salad, urut kale dengan Hellmann’s Triple Citrus sehingga daun menjadi lembut, kemudian susunkan di dalam pinggan hidangan. Taburkan biji buah delima, limau gedang dan sengkuang di atasnya.
5
Untuk sos, campurkan semua bahan-bahan sos sehingga sebati.
6
Untuk menghidang, susunkan hirisan ayam di atas salad dan taburkan sos di atasnya. Sedia dihidangkan.