Resipi Sandwich Ayam Teriyaki dengan Coleslaw Sos Bijan

25minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Sandwich Ayam Teriyaki Coleslaw Sos Bijan

Sandwich Ayam Teriyaki dengan Coleslaw Sos Bijan (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Ayam
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellmann’s Roasted Sesame

Untuk sos teriyaki:

  • ¼ cawan Air
  • 2 sudu besar Kicap cair
  • 2 sudu besar Madu
  • ½ sudu besar Gula perang
  • 1 sudu besar Cuka beras
  • 2 sudu teh Halia, dicincang
  • 2 ulas Bawang putih, dicincang

Untuk coleslaw:

  • ½ cawan Kubis ungu, dihiris
  • ½ cawan Lobak merah, dihiris
  • 1 cawan kubis, dihiris
  • ½ cawan Daun bawang, dicincang
  • 2 sudu besar Cuka
  • Serbuk lada sulah secukup rasa

Langkah-langkah

1

Untuk sos teriyaki, gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Ketepikan.

2

Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana dan goreng ayam sehingga warna kekuningan.

3

Masukkan campuran sos teriyaki, biarkan mereneh dan memekat. Ketepikan.

4

Untuk coleslaw, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Ketepikan.

5

Untuk menghidang, hiriskan roti dan sapu roti untuk topping dengan Lady’s Choice Sapuan Ayam dan roti untuk bahagian bawah dengan Hellman’s Roasted Sesame Salad Dressing. Susunkan daun salad bayam hijau muda di atas roti, diikuti dengan ayam teriyaki dan coleslaw. Taburkan bijan putih ke atas ia. Tutup dengan roti dan sedia dihidangkan.

Exit mobile version