Resipi Sandwich Sate Ayam - Nak Makan Apa?

Resipi Sandwich Sate Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Resipi Lady’s Choice Sandwich Sate Ayam ini ringkas dibuat & sedap dimakan pada bila-bila masa. Cubalah. Lepas cuba, pasti mau lagi...

2jam 35minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~600 kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Oktober 2, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 4 keping wrap mil penuh, dibakar
  • 500 gram daging ayam, dipotong panjang
  • 2 sudu besar minyak masak, untul gril
  • Secubit garam dan gula
  • 1 tomato, dihiris
  • ½ timun, dihiris
  • 1 bawang, dihiris
  • Daun salad

Bahan-bahan (A)

  • 10 gram serai, dipotong kasar
  • 5 gram lengkuas, dipotong kasar
  • 5 gram halia, dipotong kasar
  • 3 gram bawang putih
  • 15 gram bawang, dipotong kasar
  • 8 gram kunyit, dipotong kasar
  • Sedikit air

Bahan-bahan (B)

  • 8 gram jintan putih
  • 8 gram jintan manis
  • 10 gram ketumbar

Sos kacang sate mayonis

Langkah-langkah

1

Goreng bahan-bahan (B) degan api sederhana sehingga naik bau. Biar sejuk dan kisar halus

2

Kisarkan bahan-bahan (A) sehingga halus dengan pengisar.

3

Tuangkan pes ke dalam mangkuk besar, masukkan campuran bahan-bahan (B), garam, gula, daging ayam dan 2 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice. Gaul rata dan perap selama 2 jam atau semalaman.

4

Panaskan minyak masak di dalam kuali, gril daging ayam sehingga masak.

5

Letakkan sayur-sayuran dan sate ayam di atas wrap mil penuh, tambah sedikit Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan lipat.

6

Nikmati bersama sos kacang sate mayonis.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Selain protein, ayam juga mengandungi vitamin seperti Vitamin B dan mineral seperti zink.
  • Vitamin B diperlukan bagi membebaskan tenaga daripada karbohidrat, and zink adalah penting untuk pertumbuhan.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.