Resipi Sandwich “Taco” Keju dan Kepingan Ayam - Nak Makan Apa?

Resipi Sandwich “Taco” Keju dan Kepingan Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Upgrade snek roti anda dengan Sandwich “Taco” Keju dan Kepingan Ayam ini. Cara menyediakannya pula senang sekali.

15minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~350kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Januari 2, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 4 keping roti putih
  • 4 keping ham ayam
  • 4 keping keju Cheddar
  • 4 sudu besar daun salad, dihiris
  • 4 sudu besar ceri tomato kuning, didadu
  • 4 sudu besar ceri tomato merah, didadu

Sos Epal Mayo

  • 2 biji epal merah, dibuang kulit, dipotong dadu halus danperah jus epal sampai kering
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Langkah-langkah

1

Dalam mangkuk, campurkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan epal sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Ketepikan.

 

2

Potong kerak roti dan meratakan roti dengan pin bergolek (rolling pin).

 

3

Potong roti, keju dan ham ayam dengan pemotong bulat.

 

4

Untuk menghidang, sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice ke atas roti, letakkan keju, kepingan ayam, sos epal mayo dan sayur-sayuran di atas.

 

5

Lipat separuh untuk menyerupai “Taco”. Sedia dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Roti gandum mengandungi lebih serat diet berbanding dengan roti putih. Pengambilan serat diet boleh membantu melegakan sembelit.
  • Satu hidangan/sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice mengandungi hanya 0.7g gula dan 105g natrium.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.