Sate Lilit Ayam dengan Sos Pencicah Sitrus - Nak Makan Apa?

Sate Lilit Ayam dengan Sos Pencicah Sitrus

Simpan ke kegemaran anda

20minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|April 3, 2022

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellmann's Triple Citrus
Hellmann's Triple Citrus
Beli dalam talian
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 25 - 30 batang Serai
  • 650 g Dada ayam kisar
  • 1 cawan Kelapa parut segar

Untuk bahan-bahan rempah:

  • 6 biji Bawang merah
  • 8 ulas Bawang putih
  • 10 g Lengkuas
  • 10 g Cekur
  • 1 batang Serai
  • 20 g Kunyit
  • 4 helai Daun limau purut, dibuang tangkai dan tulang tengah
  • 5 biji Buah keras
  • 1 sudu teh Belacan
  • 2 sudu teh Biji ketumbar
  • 5 biji Cili padi
  • 1 sudu teh Garam
  • 10 g Gula Melaka
  • 2 sudu besar Santan

Untuk sos pencicah:

  • 3 sudu teh Parutan kelapa
  • 12 helai Daun pudina, dicincang halus
  • 3 helai Daun limau purut, dicincang halus
  • 3 tangkai Daun ketumbar, dicincang halus
  • 3 sudu besar Madu
  • 3 sudu besar Krim memasak
  • 1 biji Cili padi, dicincang halus

Langkah-Langkah

1

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan rempah sehingga wangi. Ketepikan untuk dibiar sejuk.

2

Potong serai kepada 6-7 inci panjang, buang bahagian yang berlebihan dan lapisan yang lebam.

3

Letakkan dada ayam di dalam mangkuk besar dan masukkan parutan kelapa dan pes rempah yang disejukkan, kacau sehingga sebati.

4

Sudukan 1-2 sudu besar campuran daging ayam dan lilitkan pada batang serai. Ulangi langkah untuk batang serai yang lain.

5

Panaskan kuali, sapu sedikit minyak pada sate dan panggang sehingga warna kuning keemasan. Hidangkan dengan sos pencicah.

6

Untuk sos pencicah, campur semua bahan-bahan untuk sos pencicah di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.