Bahan-bahan
-
100 g Mentega bergaram
-
40 g Gula aising
-
¼ sudu teh Esen vanilla
-
85 g Tepung gandum
-
33 g Tepung jagung
-
50 g Serbuk kastard
-
40 g Kacang tanah panggang, dicincang
-
1 biji Telur, dipukul
Langkah-langkah
1
Pukul mentega dan gula aising sehingga gebu. Kemudian, tambah esen vanilla dan Lady’s Choice Mentega Kacang Halus dan pukul sehingga sebati.
2
Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kastard dan kacau sehingga sebati. Biarkan selama 5 minit.
3
Kemudian, bentukkan doh menjadi bentuk segi empat setebal 3mm dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga adunan menjadi keras.
4
Keluarkan doh dari peti sejuk dan potong kepada kepingan segi empat kecil bersaiz 4cm x 4cm dan sapu dengan telur. Taburkan sedikit kacang tanah panggang di atasnya.
5
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160°C selama 15 minit atau sehingga biskut masak.