Stew Tulang Merah Senang - Nak Makan Apa?

Stew Tulang Merah Senang

Simpan ke kegemaran anda

Hidangkan resepi yang lazat dan mudah seperti Stew Tulang Merah ini yang pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

1jam 15minit
5 Hidangan
Ringkas
320kcal
Nak Makan Apa|Ogos 7, 2020

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu 6 Kiub 60g
Knorr Kiub Pati Lembu
Beli dalam talian
  • 500 g Tulang lembu (gearbox)
  • 500 g Daging lembu
  • 1 inci Halia, ditumbuk
  • 1 peket Sup bunjut
  • 1 L Air
  • 2 Ubi kentang, didadu
  • ½ Lobak merah, didadu
  • Segenggam daun ketumbar

Bahan kisar

  • 3 biji Bawang merah
  • 4 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 5 sudu besar Pes cili
  • 2 batang Serai, ditumbuk
  • 50 ml Minyak
  • 2 batang Kayu Manis
  • 4 bij Buah pelaga
  • 4 biji Bunga cengkih

Untuk sos

  • 5 sudu besar Puri tomato
  • 4 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Gula perang

Tips nutrisi

  • Recipe ini mengandungi zat besi, zink, dan vitamin B3 (Niasin).
  • Zat besi adalah factor dalam pembentukan she darah merah. Niasin diperlukan dalam penghasilan tenaga. Zink penting untuk pertumbuhan.
  • Daging adalah sumber protein. Protein bukan sahaja membantu membina dan membaiki tsu badan, ia juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Langkah-langkah

1

Masukkan tulang lembu, daging, halia, sup bunjut dan air ke dalam periuk. Didih selama 40 minit.

2

Panaskan minyak dalam periuk yang lain, tumis bahan kisar, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga wangi. Masukkan bahan untuk sos dan air rebusan daging.

3

Kemudiannya, masukkan tulang lembu, daging, ubi kentang, lobak merah dan reneh selama 20 minit atau sehingga ubi kentang empuk.

4

Hias dengan daun ketumbar dan dihidangkan panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.