Sup Ayam

45minit
5 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam

Untuk bahan bahan

  • ½ ekor ayam
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 biji Ubi kentang
  • 1 batang Lobak merah
  • 1 batang Sayur leek
  • 1 biji Buah tomato
  • 4 sudu besar Minyak masak

Untuk bahan dikisar

  • 4 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji Buah keras

Untuk bahan ditumbuk

  • ½ biji Buah pala
  • 1 sudu kecil Lada sulah biji

Langkah-langkah

1

Cara penyediaan: 

Rebus ayam dengan 1 ½ liter air sehingga mendidih. Masukkan ubi kentang dan diikuti dengan lobak merah.

2

Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau.

3

Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan ayam. Masukkan kiub pati ayam.

4

Akhir sekali masukkan buah tomato dan leek.

5

Sebelum dihidangkan, tabur dengan bawang goreng.

Exit mobile version