Sup Bawang dan Cendawan Berkrim ala Barat - Nak Makan Apa?

Sup Bawang dan Cendawan Berkrim ala Barat

Simpan ke kegemaran anda

20minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|April 3, 2022

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Sayuran (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
  • 40 g Mentega tampa garam
  • 250 g Bawang kuning, dihiris
  • 3 ulas Bawang putih, dicincang kasar
  • 3 tangkai Daun thyme segar
  • 250 g Cendawan portobello, dicincang kasar
  • 100 g Cendawan butang putih, dicincang kasar
  • 3 cawan Air
  • 1 cawan Susu
  • ¼ sudu teh Garam
  • ¼ sudu teh Serbuk lada hitam
  • ¼ cawan Krim memasak

Langkah-Langkah

1

Panaskan mentega di dalam periuk dan tumis bawang kuning dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daun thyme segar dan semua cendawan. Tumis untuk beberapa minit.

2

Kemudian, tuangkan air dan biar mendidih. Reneh selama 5-6 minit. Padamkan api dan biar sejuk.

3

Apabila sudah sejuk, keluarkan daun thyme dan tuangkan campuran sup ke dalam mesin pengisar makanan dan kisar menjadi pes halus.

4

Seterusnya, tuang balik sup yang dikisar ke dalam periuk dan masukkan susu, Knorr Kiub Pati Sayuran, garam dan serbuk lada hitam. Biar mendidih.

5

Akhirnya, masukkan krim dan kacau sehingga sebati. Dihidangkan panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.