Bahan-bahan
-
40 g Mentega tampa garam
-
250 g Bawang kuning, dihiris
-
3 ulas Bawang putih, dicincang kasar
-
3 tangkai Daun thyme segar
-
250 g Cendawan portobello, dicincang kasar
-
100 g Cendawan butang putih, dicincang kasar
-
3 cawan Air
-
1 cawan Susu
-
¼ sudu teh Garam
-
¼ sudu teh Serbuk lada hitam
-
¼ cawan Krim memasak
Langkah-langkah
1
Panaskan mentega di dalam periuk dan tumis bawang kuning dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daun thyme segar dan semua cendawan. Tumis untuk beberapa minit.
2
Kemudian, tuangkan air dan biar mendidih. Reneh selama 5-6 minit. Padamkan api dan biar sejuk.
3
Apabila sudah sejuk, keluarkan daun thyme dan tuangkan campuran sup ke dalam mesin pengisar makanan dan kisar menjadi pes halus.
4
Seterusnya, tuang balik sup yang dikisar ke dalam periuk dan masukkan susu, Knorr Kiub Pati Sayuran, garam dan serbuk lada hitam. Biar mendidih.
5
Akhirnya, masukkan krim dan kacau sehingga sebati. Dihidangkan panas.