Resepi Sup Daging Lembu Utara yang Simple - Nak Makan Apa?

Resepi Sup Daging Lembu Utara

Simpan ke kegemaran anda

Sup Daging Lembu Utara sememangnya pilihan terbaik sebagi pembuka selera untuk masakan tengahari dan malam.

4jam 15minit
4 Hidangan
Sederhana - Medium
~700kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Februari 8, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

  • 2000 ml air
  • 1 kg tulang leher daging yang berisi
  • 3 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 1 bawang Bombay, dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 40 g halia muda, dihiris
  • 3 sudu besar minyak sayuran
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang saderi, dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah, dipotong dadu
  • 2 biji kentang, didadu
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Hiasan

  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Cili merah, dihiris

Langkah-langkah

1
Masukkan air dan tulang leher daging dalam periuk dan renehkan sehingga daging empuk.
2
Panaskan minyak sayuran dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang bombay, bawang putih serta halia sehingga wangi dan bawang bombay jadi lebih lembut.
3
Tambahkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kacau untuk beberapa minit. Tambahkan Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan kacaukan dengan perlahan.
4
Masukkan campuran sup dan Knorr Kiub Pati Lembu ke dalam periuk untuk rasa sup yang lebih sedap. Apabila sup sudah mendidih, perlahankan api dan biar ia mereneh.
5
Masukkan saderi, lobak merah, dan kentang. Apabila kentang sudah empuk, masukkan pula garam dan lada hitam secukup rasa.
6

Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, dan cili merah.

Decorative Image

Tips nutrisi

Daging lembu mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Sebagai alternatif, anda boleh mengurangkan kuantiti daging lembu dan gantikannya dengan lentil. Lentil sesuai untuk hidangan berasaskan sup. Ia juga tinggi dalam zat besi, tetapi kandungan lemaknya adalah jauh lebih rendah daripada daging lembu.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.