Sup Tulang - Nak Makan Apa?

Sup Tulang

Save to your favorites

40min
5 Servings
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|May 14, 2021

Bahan-Bahan

  • 1 kg Tulang rusuk - di rebus
  • Rempah 4 sekawan
  • ½ sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil Serbuk Limau Nipis Knorr
  • 2 Sayur batang Saderi
  • 1-5 sudu besar Minyak masak

Bahan A - kisar:

  • ½ biji Bawang besar
  • 3 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar Lada hitam biji
  • ½ biji Buah pala

Bahan B:

  • 2 sudu besar Rempah sup
  • 3 sudu kecil Campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih

Langkah-Langkah

1

Rebus tulang dengan 1 ½ liter air sehingga daging empuk. Atau boleh dimasak tulang dengan periuk tekanan selama 30 minit.

2

Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan bahan B. Kacau dan tumis sehingga terbit minyak.

3

Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang.

4

Masukkan kiub pati daging Knorr, gula dan serbuk limau nipis Knorr.

5

Setelah mendidih, masukkan batang saderi. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.