Tart Keju Tomato

45minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar

Untuk kulit pastri

  • 150 g Tepung gandum
  • 50 g Mentega tanpa garam
  • 43 g Air sejuk
  • 1 sudu teh Campuran herba
  • 8 8 biji Acuan tart (5.5cm atau 6.5cm) saiz piawai tart telur

Untuk inti

  • 5 biji Telur
  • 6 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 50 g Keju parmesan
  • 4 keping Keju cheddar, dipotong kepingan kecil
  • 40 g Baby bayam
  • 100 g Tomato ceri merah, dibahagi 4
  • Serbuk lada hitam kasar

Langkah-langkah

1

Untuk pastry, satukan tepung dan mentega di dalam satu mangkuk sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti. Masukkan halba campuran dan tambah air sedikit demi sedikit untuk membentuk doh. Biar rehat selama 15 minit 

2

Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart untuk membentuk kulit tart. Cucuk tapak kulit tart dengan garpu dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160˚C selama 8-10 minit. Keluarkan dan ketepikan. 

3

Untuk inti, pukul telur bersama Lady’s Choice Mayonis Sebenar sehingga gebu. Masukkan keju parmesan dan gaul sehingga rata. Ketepikan 

4

Letakkan sedikit baby bayam, beberapa keeping hirisan tomato ceri dan keju cheddar di dalam kulit tart. Tuangkan campuran telur ke dalam dan taburkan sedikit serbuk lada hitam kasar di atas ia. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160˚C selama 10 minit atau sehingga campuran telur masak sepenuhnya 

Exit mobile version