Horlicks Udang Badam Rangup

35minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Crispy Almond Prawns

Crispy Almond Prawns (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Horlicks Original
  • 12 g Udang sederhana, dibuang kulit
  • 80 g Pes ikan
  • ¼ Sudu Teh Kecap Cair
  • ½ Sudu Teh Minyak Bijan
  • 1 Sudu Besar Tepung ubi kayu
  • 40 g Kepingan badam Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Perap udang dengan 25g Horlicks Original dan perap selama 5 minit di dalam peti sejuk. 

2

Campurkan 5g Horlicks Original dengan pes ikan, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk lada sulah dan tepung ubi kayu sehingga menjadi pes. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit

3

Basahkan tangan, salutkan setiap udang dengan pes ikan dan biarkan ekor hujung udang terdedah. Kemudiannya, salut secara rata dengan kepingan badam. 

4

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga kuning keemasan. Angkat dan salut rata dengan 20g Horlicks Original. Hidangkan serta-merta.  

Exit mobile version