Wanta Mi Kari Bebola Ikan Bilis - Nak Makan Apa?

Wanta Mi Kari Bebola Ikan Bilis

Simpan ke kegemaran anda

40minit
3 Hidangan
Ringkas - Easy
Kalori, 705 cal
Nak Makan Apa|Oktober 10, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ikan bilis
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bebola ayam ikan bilis

  • 260 g Daging ayam cincang
  • 1 sudu besar Serai, dicincang halus
  • 25 g Ikan bilis goreng, ditumbk halus
  • 1 biji Kuning telur
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk kuah kari

  • 1 kiub Knorr Kiub Pati Ikan Bilis Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
  • 250 g Ubi kentang Russet, didadu
  • 2 cawan Air
  • 2 sudu besar Serbuk kari ikan
  • 3 tangkai Daun kari
  • 60 g Bawang besar, dicincang
  • 100 g Tomato, didadu
  • 1 cawan Santan rendah lemak
  • 3 sudu besar Minyak

Untuk Wantan Mi

  • 3 biji Wantan mi kering
  • 2 sudu besar Kicap pekat
  • 2 sudu besar Kicap cair
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • 200 g Sawi, dilecur
  • Secubit lada sulah

Langkah-langkah

1

Untuk membuat bebola ayam, satukan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Bentuk menjadi bebola dan goreng sehingga ¾ masak. Ketepikan. 

2

Untuk masak kari, panaskan minyak di  dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan goreng sehingga berwarna kuning keemasan. Masukkan daun kari, tomato dan serbuk kari ikan. Goreng sehingga wangi dan masukkan air, Knorr Kiub Pati Ikan Bilis dan biar didih sedikit. 

3

Masukkan bebola ayam ke dalam kari dan reneh selama 1 minit. Akhir sekali, masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Padamkan api. 

4

Lecurkan wantan mi di dalam periuk dengan air mendidih, toskan dengan sepenuhnya dan lecur sekali lagi. Keringkan mi dan gaul dengan sos untuk wantan mi sehingga sebati. 

5

Untuk menghidang, letakkan wantan mi di atas pinggan, hiaskan dengan sawi dan taburkan kuah kari di atas mi. Hidangkan panas 

Decorative Image

Indikasi Nutrisi

13%

39

Carbs
52%

35

Fat
78%

39

Protein
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.