Resipi Resipi Wrap Ayam Gril - Nak Makan Apa?

Resipi Wrap Ayam Gril

Simpan ke kegemaran anda

Wrap Ayam Gril yang klasik ini sedap dimakan pada bila-bila masa. Disukai ramai dan mudah untuk disediakan.

45minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~450kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Februari 24, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Ayam Gril

  • 3 sudu besar
  • 1 sudu besar sos buah plum
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 dada ayam tanpa kulit, lemak dikeluarkan dan dihiris
  • Lada hitam secukup rasa

Wrap

  • 120 g cendawan butang Swiss, dihiris
  • ½ cili besar merah, dihiris halus
  • ½ cili besar kuning, dihiris halus
  • 1½ sudu besar minyak zaitun
  • ½ sudu teh serbuk bawang putih
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam
  • ½ sudu teh serbuk daun ketumbar
  • 4 tortillas
  • ½ timun Jepun, dihiris halus
  • ½ lobak merah, dihiris halus

Langkah-langkah

1

Campurkan Lady’s Choice Real Mayonnaise, sos buah plum, sos tomato, minyak zaitun dan lada hitam dalam satu mangkuk. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam perap selama 20 minit.

2

Gorengkan ayam dalam kuali sehingga masak sepenuhnya.

3

Tumiskan cendawan, cili besar merah dan kuning dengan minyak zaitun, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam. Ketepikan.

4

Sapukan 1 sudu besar campuran Lady’s Choice Real Mayonnaise di atas setiap tortilla.

5

Letakkan sedikit timun Jepun, lobak merah, cili besar merah dan kuning dan cendawan yang ditumis ditengah-tengah tortilla. Seterusnya, letakkan sedikit ayam di atas. Gulungkan tortilla dengan ketat.

6

Wrap ini boleh dihidangan sejuk atau panas.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Lengkapkan sarapan anda dengan segelas susu segar atau jus buah segar tanpa gula tambahan.
  • Lada benggala yang berlainan warna mengandungi antioksidan yang berbeza. Antioksidan penting untuk kesihatan badan seperti mengurangkan inflamasi.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.