Bahan-bahan
Ayam Gril
-
3 sudu besar
-
1 sudu besar sos buah plum
-
3 sudu besar sos tomato
-
2 dada ayam tanpa kulit, lemak dikeluarkan dan dihiris
-
Lada hitam secukup rasa
Wrap
-
120 g cendawan butang Swiss, dihiris
-
½ cili besar merah, dihiris halus
-
½ cili besar kuning, dihiris halus
-
½ sudu besar minyak zaitun
-
½ sudu teh serbuk bawang putih
-
½ sudu teh garam
-
¼ sudu teh lada hitam
-
3 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
-
½ sudu teh serbuk daun ketumbar
-
4 tortillas
-
½ timun Jepun, dihiris halus
-
½ lobak merah, dihiris halus
Langkah-langkah
Campurkan Lady’s Choice Real Mayonnaise, sos buah plum, sos tomato, minyak zaitun dan lada hitam dalam satu mangkuk. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam perap selama 20 minit.
Gorengkan ayam dalam kuali sehingga masak sepenuhnya.
Tumiskan cendawan, cili besar merah dan kuning dengan minyak zaitun, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam. Ketepikan.
Sapukan 1 sudu besar campuran Lady’s Choice Real Mayonnaise di atas setiap tortilla.
Letakkan sedikit timun Jepun, lobak merah, cili besar merah dan kuning dan cendawan yang ditumis ditengah-tengah tortilla. Seterusnya, letakkan sedikit ayam di atas. Gulungkan tortilla dengan ketat.
Wrap ini boleh dihidangan sejuk atau panas.