Resepi Yee Mee Sizzling yang Mudah - Nak Makan Apa?

Resepi Yee Mee Sizzling

Simpan ke kegemaran anda

25minit
1 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 14, 2021
Decorative Image

Untuk bahan bahan sos

  • 3 sudu besar Sos tiram
  • 3 sudu besar Kicap manis
  • 2 sudu besar Kicap cair
  • 1 sudu kecil Lada hitam kasar

Untuk bahan bahan lain

  • 3 ulas Bawang putih - diketuk
  • 3 tangkai Cili kering
  • 1 keping isi ayam bahagian paha - dipotong kiub
  • 3 keping Shiitake -dihiris kasar
  • 1 sudu besar Tepung jagung
  • Air secukupnya
  • Sayur Pak Choy
  • Sedikit minyak masak
Decorative Image

1
Panaskan pot dan tuangkan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
2
Masukkan isi ayam dan masak sehingga ia separuh masak.
3
Masukkan cendawan shitakki dan masak lagi.
4
Kemudian, masukkan sos dan kacaukan semua bahan tersebut.
5
Masukkan air dan kemudian, masukkan Knorr Kiub Pati Ikan Bilis.
6
Bila sudah mendidih, masukkan pula air tepung jagung.
7
Apabila kuah sudah pekat, matikan api.
8
Tuangkan kuah di atas yee mee, susunkan sayur pak choy dan tutup. Masak selama 30 saat dan buka penutup.
9
Masukkan telur dan tutup semula. Biarkan ia masak.
10
Matikan api dan hiaskan dengan daun bawang.
11

Claypot yee mee siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

  • Pak choy mengandungi vitamin C dan A. Vitamin C menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan dan vitamin A penting untuk fungsi mata serta membantu menjaga kesihatan kulit dan membrane mukus.
  • Cendawan shiitake mengandungi vitamin B2 (riboflavin) dan niacin. Nutrisi ini diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.