Yee Shang Mentega Kacang - Nak Makan Apa?

Yee Shang Mentega Kacang

Simpan ke kegemaran anda

35min
10 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Oktober 11, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mentega Kacang Halus 500g
Lady's Choice Mentega Kacang Halus
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 8 keping (50g) Kulit Gyoza
  • 60 g Limau bali
  • 150 g Obor-obor
  • 70 g Labu, dihiris panjang dan halus
  • 1 sudu besar Cuka
  • 1 sudu besar Gula perang
  • 1 biji (60g)Jambu air, dihiris panjang dan halus
  • 2 helai Daun limau purut, dihiris panjang dan halus
  • 80 g Timun Jepun, dihiris panjang dan halus
  • 80 g Sengkuang, dihiris panjang dan halus
  • 70 g Lobak merah, dihiris panjang dan halus
  • 70 g Kobis unggu, dihiris panjang dan halus
  • 100 g Buah pear, dihiris panjang dan halus
  • 2 tangkai Daun ketumbar, dicincang kasar
  • ½ biji Limau nipis, dipotong baji
  • 25 g Minyak zaitun ringan
  • 20 g Biji bijan panggang
  • 60 g Kacang panggang, ditumbuk kasar
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk sos mentenga kacang

Langkah-langkah

1

Potong kulit gyoza kepada jalur nipis dan goreng sehingga menjadi warna kuning keemasan, angkat dan ketepikan. 

2

Untuk penyediaan obor-obor, bilas dengan air untuk buangkan garam dan rendam dalam air bersih selama 10 minit. Kemudiannya, potong kepada jalur dan lecur dengan air panas. Ketepikan. 

3

Seterusnya, keringkan labu yang telah diperap dan ketepikan.  

4

Untuk sos mentega kacang, masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus 

5

Untuk menghidang, letakkan obor-obor di tengah piring hidangan besar dan susun sayur-sayuran lain di sekeliling mengikut kreativiti dan kesukaan peribadi. 

6

Kemudiannya, taburkan kulit gyoza goreng, kacang panggang dan biji bijan panggang di atas 

7

Akhirnya, perahkan jus limau, tuangkan minyak zaitun dan sos mentega kacang di atas Sedia dihidangkan. 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.