Makan Besar Tahun Baru Cina yang Mewah dan Mudah Dimasak di Rumah

Chinese New Year family reunion dinner

Chinese New Year family reunion dinner (Photo: Shutterstock)

Sudah tiba masanya untuk simpan pokok krismas dan mula membersihkan rumah dan menggantung tanglung kerana Tahun Baru Cina bakal tiba! Seperti banyak perayaan-perayaan lain di Malaysia, semua akan berkumpul untuk menyediakan dan  makan malam besar bersama-sama ketika perayaan ini.

Malah, makan malam besar ini boleh dikatakan kemuncak keseluruhan perayaan ini, di mana seluruh keluarga akan berkumpul dan menyantap hidangan-hidangan yang dianggap boleh bawa kemakmuran dan penuh makna tersirat. Walaupun anda boleh mengutip angpau sepanjang 15 hari sambutan perayaan ini, hanya ada satu makan malam yang besar! Pentingnya makan malam ni sehingga ada ahli keluarga yang datang dari luar bandar dan juga luar negara yang akan pulang untuk makan malam bersama-sama.

Ada sesetengah keluarga memilih untuk makan di restoran, ada juga yang pilih untuk menjadi tuan rumah supaya sesi ini lebih intim dan mesra. Jika anda tuan rumah, tanggungjawab menyediakan makan malam besar ini jatuh ke atas anda, tapi jangan risau – kami boleh bantu.

Hidangan-hidangan yang disajikan ketika Tahun Baru Cina kebiasaannya sangat penuh dengan makna dan tradisi. Jadi, kalau anda sedang mencari inspirasi, kami ada beberapa cadangan untuk anda:

Yee Sang Makmur

Makan malam Tahun Baru Cina tak akan lengkap tanpa Yee Sang! Hidangan ini melambangkan nasib yang baik dan kekayaan yang melimpah ruah.

Persediaan Yee Sang (Photo: NMA)

Persediaan Yee Sang tidak rumit, kerana bahan-bahannya boleh didapati di kebanyakan pasaraya. Kami ada resepi untuk anda rujuk. Jangan lupa tambah Mentega Kacang Lady’s Choice di atas Yee Sang sebelum digaulkan untuk rasa yang lebih sedap!

Poon Choi Makmur Melimpah-ruah

Poon Choi, yang diterjemahkan ke “Basin Feast”, adalah hidangan Tahun Baru Cina istimewa yang diperbuat daripada bahan-bahan premium seperti ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang disatukan dalam satu periuk. Ia dikatakan untuk memupuk perpaduan di kalangan ahli keluarga kerana disajikan sebagai hidangan jamuan ramai, sementara periuk yang penuh melambangkan kelimpahan dan kemakmuran.

Abundance & Prosperity Poon Choi (Photo: NMA)

Serlahkan kemahiran kulinari anda dan sediakannya di rumah menggunakan resipi ini.

Udang Badam Rangup

Udang juga merupakan hidangan penting semasa perayaan ini kerana ia melambangkan kebahagiaan sepanjang tahun ini. Ini kerana sebutan udang dalam Kantonis (Har) menyerupai bunyi gelak ketawa.

Crispy Almond Prawns (Photo: NMA)

Terdapat banyak cara memasak udang, tetapi udang goreng bersalut badam pasti menaikkan selera orang ramai. Lihatlah resipi ini untuk hidangan udang rangup melazatkan yang disajikan dengan Horlicks Original. Keluarga anda pasti makan bertambah-tambah dengan hidangan yang lazat ini!

Exit mobile version