Biskut Shortbread Marble Horlicks - Nak Makan Apa?

Biskut Shortbread Marble Horlicks

Simpan ke kegemaran anda

35minit
50 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Februari 15, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Horlic Original
Horlicks Original
Decorative Image
  • 170 g Mentega tanpa garam
  • 60 g Gula aising, diayak
  • 100 g Horlicks Original Horlicks Original
  • 40 g Serbuk badam
  • 200 g Tepung serbaguna

Untuk topping coklat

  • 250 g Cokalt untuk memasak
  • 60 g Coklat putih

Langkah-langkah

1

Campurkan mentega, gula aising dan Horlicks Original sehingga sebati. Kemudiannya, masukkan serbuk badam dan tepung. Gaul sehingga membentuk doh.

2

Ratakan doh di dalam dulang pembakar 9.5” X 9.5” yang telah digriskan dengan minyak/mentega. Cucuk doh perlahan-lahan dengan menggunakan garpu dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 15-20 minit. Alih dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya. 

3

Letakkan setiap coklat di dalam mangkuk yang berasingan dan cairkan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat masing-masing.  

4

Tuangkan coklat berwarna hitam ke atas biskut yang telah disejukkan dan ratakan ia. Kemudiannya, tuangkan coklat putih di atas ia dan buat corak mengikut kesukaan peribadi dengan menggunakan lidi satay.  

5

Biarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 5 minit. Alih dari peti sjuk dan potong biskut mengikut bentuk yang dikehendaki 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.