Daging Gulai Kawah - Nak Makan Apa?

Daging Gulai Kawah

Simpan ke kegemaran anda

Masak Gulai untuk masakan hari ini? Resipi Daging Gulai Kawah sememangnya diminati ramai.

50minit
5 Hidangan
Sederhana
Nak Makan Apa|Oktober 1, 2019

Bahan-bahan

Knorr Kiub Pati Lembu 6 Kiub 60g
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu
Beli dalam talian
  • 1 kg daging lembu, dipotong kiub kecil

Bahan-bahan (A)

  • 8 bawang merah, dipotong kasar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 sm halia muda, dipotong kasar
  • 4 sm lengkuas, dipotong kasar
  • 80 g cili kering, direbus, dipotong kasar
  • 250 ml air, untuk kisar

Bahan-bahan (B)

  • 3 sm kulit kayu manis
  • 1 gram bunga cengkih
  • 2 gram buah pelage
  • 10 gram bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar minyak masak

Campuran rempah

  • 30 gram rempah kari daging
  • 20 gram rempah kerutuk
  • 20 gram air asam jawa
  • 30 gram gula Melaka
  • 10 gram gula

Langkah-langkah

1

Bahan-bahan (A) dikisar sehingga halus.

2

Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan (B). Masukkan pes dan tumis sehingga naik bau.

3

Masukkan campuran rempah dan kacau sehingga naik minyak.

4

Masukkan daging, air, Kiub Pati Daging Knorr dan gaul ratai.  Didih sehingga empuk.

5

Masukkan santan dan perisakan secukup rasa.

6

Hidang panas dengan nasi.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.