Daging Ungkep

1jam
6 Hidangan
Sederhana - Medium

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu

Untuk bahan bahan A

  • ½ kg Daging - dihirs nipis
  • 2 inci Lengkuas - diketuk
  • 4 helai Daun salam
  • (40 gram) Gula merah/gula melaka
  • 1 sudu besar Gula putih
  • ½ sudu kecil Pes asam jawa
  • (250 gram) Santan pekat - tambah air menjadi (500 ml)
  • 1 sudu besar Cili kisar
  • 1 cawan Minyak masak

Untuk bahan bahan dikisar

  • 6 ulas Bawang putih
  • 12 biji Bawang merah
  • 6 biji Buah keras
  • 4 sudu besar ketumbar

Langkah-langkah

1

Cara penyediaan: 

Kisar bahan kisar dan masukkan gula merah sekali. Air asam dicampurkan sekali. Masukkan daun salam dan lengkuas.

2

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan daun salam sehingga terbit minyak.

3

Masukkan daging dan masak sehingga daging tak merah, baru dimasukkan santan sedikit sedikit sehingga daging empuk.

4

Masukkan gula melaka, gula, pes asam jawa dan serbuk Knorr Pasti Sedap. Masak sehingga kering yang disukai.

Exit mobile version